Tuesday 3 January 2012

Kolej Vokasional Rembau

Sek.Men.Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau telah terpilih sebagai sebuah Kolej Vokasional (KV.) Rintis. Sebanyak 15 buah sekolah , satu setiap negeri telah dipilih dari 88 buah sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Pada tahun 2013, sebanyak 10 buah sekolah sahaja akan kekal menjadi sekolah menengah teknik. Selebihnya akan dinaik-taraf menjadi Kolej Vokasional.
Sebagai sebahagian dari usaha untuk menguar-uarkan transformasi sekolah kami kepada kolej vokasional, kami telah mencetak phamplet berwarna dan banner bersaiz 20 kaki x 5 kaki. Bunting juga dalam proses untuk diadakan dan mungkin akan dipamerkan pada hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 (Tahun 1, KV).. Sila lihat gambar di bawah: