Sek.Men.Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau telah terpilih sebagai sebuah Kolej Vokasional (KV.) Rintis. Sebanyak 15 buah sekolah , satu setiap negeri telah dipilih dari 88 buah sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Pada tahun 2013, sebanyak 10 buah sekolah sahaja akan kekal menjadi sekolah menengah teknik. Selebihnya akan dinaik-taraf menjadi Kolej Vokasional.
Sebagai sebahagian dari usaha untuk menguar-uarkan transformasi sekolah kami kepada kolej vokasional, kami telah mencetak phamplet berwarna dan banner bersaiz 20 kaki x 5 kaki. Bunting juga dalam proses untuk diadakan dan mungkin akan dipamerkan pada hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 (Tahun 1, KV).. Sila lihat gambar di bawah:
Tuesday, 3 January 2012
Sunday, 23 October 2011
ZON MELAKA-NS MENGUNGGULI PERKHEMAHAN PERDANA KRS 2011
KUALA PILAH- PERKHEMAHAN PERDANA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SMT/SMV PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011 TELAH BERLANGSUNG DI PUSAT KOKURIKULUM HASAN BASIR, BATU KIKIR KUALA PILAH (PUSAKO) DARI 10 HINGGA 14 OKT. 2011. PENGELOLA PERKHEMAHAN PADA TAHUN INI IALAH SMT DAN SMV ZON MELAKA-NEGERI SEMBILAN. SERAMAI 468 ANGGOTA KRS PELAJAR MENGAMBIL BAHAGIAN DAN SERAMAI 156 GURU PENGIRING. PROGRAM DAN AKTIVITI PADA KALI INI TELAH DILAKSANAKAN OLEH JURULATIH PUSAKO DAN JURULATIH KRS NEGERI SEMBILAN.
MAJLIS PENUTUPAN RASMI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN PENGARAH PENGOPERASIAN SEKOLAH, BPTV MERANGKAP TIMBALAN PENGARAH KRS MALAYSIA PADA 14 OKT. 2011, TURUT SERTA DALAM MAJLIS PENUTUPAN IALAH TN.HJ AMIR SHARIFUDIN, KETUA SEKTOR KEMANUSIAAN JPN N.SEMBILAN DAN EN. LEE SOH SENG, KETUA UNIT KOKURIKULUM JPN MELAKA. TN HJ ARSHAD MD YUSOF, PENGETUA SMT MELAKA SELAKU PENGERUSI JK PENGELOLA TELAH MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN, ANTARA LAIN UCAPAN BELIAU ADALAH MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA JEMPUTAN KHUSUSNYA EN ZAINUREN BIN MOHD NOR, TIM. PENGARAH PENGOPERASIAN SEKOLAH , BPTV SELAKU WAKIL PENGARAH BPTV.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENGUMUMKAN BAHAWA PLATUN KRS LELAKI DAN PLATUN KRS PEREMPUAN DARI ZON MELAKA-NS TELAH MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI YANG TELAH DISERTAI OLEH 8 ZON DARI SELURUH MALAYSIA TIDAK TERMASUK SABAH DAN SARAWAK. PENGACARA TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA JUARA KESELURUHAN PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN IALAH DARI ZON MELAKA-NEGERI SEMBILAN.
SAYA MENGUCAPKAN SYABAS, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGETUA, GURU-GURU PENASIHAT KRS, AJK PENGELOLA DAN ANGGOTA KRS ZON MELAKA-NS DI ATAS KEJAYAAN KALI KEDUA PERKHEMAHAN PERDANA. KOMITMEN KITA TELAH MEMBUAHKAN HASIL DAN TERUS KEKAL UNGGUL.
Tuesday, 20 September 2011
Kurikulum Vokasional Ikut Spesifikasi Luar Negara
LONDON 9 Sept. - Kurikulum baru pendidikan vokasional yang akan dikuatkuasakan pada 2013 mempunyai spesifikasi dan standard yang diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, kurikulum itu bersifat modular, berasaskan kecekapan, mengutamakan aspek amali dan anjal. Selain itu, jelasnya, kurikulum yang akan dikenali sebagai Kurikulum Kolej Vokasional (KKV) itu merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kemahiran insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin dengan keperluan industri serta badan profesional.
"Kita memperkenalkan sistem dan kurikulum baru ini kerana tidak berpuas hati dengan kurikulum sedia ada," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, KKV adalah kurikulum pendidikan khusus untuk pelajar yang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional peringkat menengah atas dalam persekitaran pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang menekankan kepada keperluan industri sejajar dengan perkembangan pembangunan negara. Katanya, ia dibangunkan berteraskan kecekapan yang dihurai dalam bentuk standard kandungan (content standards), standard pembelajaran (learning standards) dan kriteria pencapaian (performance criteria).
Menjelaskan lebih lanjut katanya, standard kandungan adalah pernyataan spesifik yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh pengajian merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. "Standard pembelajaran pula satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kriteria pencapaian pula adalah pernyataan yang mengkhususkan kepada perkara yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan," katanya. Jelasnya, struktur KKV mengandungi dua komponen iaitu akademik dan vokasional dengan komponen akademik meliputi pengajian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa perniagaan antarabangsa seperti Mandarin dan Perancis, Sejarah Malaysia, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. "Penumpuan jam kredit komponen akademik pada tahap sijil adalah 30 peratus dan penumpuan jam kredit komponen akademik pada tahap diploma adalah 20 peratus. Jam kredit komponen vokasional memberikan penumpuan jam kredit 70 peratus pada tahap sijil dan 80 peratus pada tahap diploma. "Konsep KKV juga memberi fokus kepada Production Based Education (PBE), Competency Based Education (CBE) dan On-Job Training (OJT) untuk membolehkan lulusan vokasional mendapat permintaan dalam pasaran kerja," katanya. Malah, tegas beliau, penekanan juga diberikan kepada konsep School Enterprise (SE) untuk menyediakan pelajar menjadi usahawan sekiranya mereka ingin bekerja sendiri.
Beliau memberitahu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam KKV dijalankan mengikut sistem Semester Anjal yang membenarkan seseorang murid menamatkan pengajian Tahap 4 (Diploma Kolej Vokasional) dalam tempoh sama ada tiga tahun setengah atau empat tahun berasaskan saringan. Menyentuh tentang peperiksaan katanya, Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional (PBSKV) adalah kaedah untuk mengukur pelbagai kecekapan sebagaimana yang ditetapkan oleh kurikulum itu.

Petikan : Utusan Malaysia Online (10 September 2011)
Friday, 2 September 2011
Thursday, 11 August 2011
CENTRE OF EXCELLENCE (COE) BAGI 10 SMT
Mesyuarat pemantapan prestasi 10 SMT telah diadakan secara bersiri. Mesyuarat kalangan GPK1 dan S/U Peperiksaan telah diadakan pada 11 Julai dan Mesyuarat di kalangan Pengetua telah diadakan pada 3-5 Ogos yang lalu. Kedua-dua mesyuarat adalah bertujuan membentuk strategi-strategi bagi memantapkan prestasi 10 SMT. Di antara strategi adalah mewujudkan Pusat Kecemerlangan (COE) pada setiap SMT seperti yang tersenarai;
1. SMT JOHOR BAHRU - MATEMATIK TAMBAHAN, KIMIA
2. SMT KUALA LUMPUR - PKEE, MATEMATIK
3.SMT TUANKU JAAFAR - PKU, BI, PERDAGANGAN
4.SMT ALOR SETAR - FIZIK, SAINS PERTANIAN
5.SMT MELAKA - PKA, BIOLOGY
6.SMT TARP - LK, SEJARAH
7.SMT TERENGGANU - BM, SAINS
8.SMT SEJINGKAT - P.MORAL, ROBOTIK
9.SMT KUANTAN - PKM, P.AKAUN
10.SMT LIKAS - P.ISLAM, EKONOMI ASAS
Dalam mesyuarat tersebut, Pengetua SMTM telah diberi kesempatan membentangkan kertas kerja bagi menaik taraf 10 SMT. Diantara perkara yang dicadangkan ialah mengadakan permuafakatan dengan pihak IPTA untuk mengikhtiraf 10 SMT sebagai laluan mudah dan istimewa melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan sains pertanian. Halatuju 10 SMT adalah melahirkan bakal jurutera adalah kekal unggul di bawah KPM.
Subscribe to:
Posts (Atom)