Friday, 15 July 2011

MALTIVO PERLU PERKASA

Saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan MALTIVO (Malaysian Alumni of Technical Institute and Vocational) yang dinaungi oleh Pengarah BPTV. MALTIVO merupakan satu petunjuk kepada kejayaan sekolah-sekolah SMT dan SMV yang kini terdapat sebanyak 88 buah. Kejayaan yang telah diperolehi oleh bekas-bekas pelajar SMT dan SMV merupakan satu dorongan kepada generasi kini dan akan datang untuk menjadikan SMV dan SMT sebagai pilihan pertama. Kebanyakan anggota MALTIVO adalah dikalangan profesional yang berjaya seperti jurutera, perunding (consultant), ahli akademik, ahli koperat atau ahli perniagaan yang berjaya.capai
Lebih membanggakan, sekiranya MALTIVO dapat mengwujudkan 'grass root' yang mempunyai objektif yang seiring bagi memperhebat dan memperkasakan MALTIVO. MALTIVO national hendaklah mengembangkan sayap ke peringkat negeri atau zon dan seterusnya ke peringkat sekolah. Bagi merialisasikan objektif BPTV dan SMT/SMV tercapai, halatuju MALTIVO national wajarlah selari dengan aspirasi Pengarah BPTV dan MALTIVO di peringkat SMT/SMV (Alumni) hendaklah selari juga dengan aspirasi Pengetua SMT/SMV semasa. Saya suka mencadangkan agar satu struktur organisasi di peringkat zon atau negeri perlu ditubuhkan agar rangkaian antara MALTIVO dan Alumni dapat dihubung. Permuafakatan antara Alumni dalam zon dapat diwujudkan dan lebih mudah untuk melaksanakan penyelarasan. SMT dan SMV akan lebih bertuah dan beruntung sekiranya Alumni mereka memberikan bantuan dan kerjasama untuk meningkatkan imej sekolah masing-masing. Alumni disarankan membantu sekolah dengan cara memperlengkapkan prasarana sekolah dan/atau menyumbangkan kepakaran di dalam program-program di sekolah. Semoga objektif penubuhan MALTIVO boleh tercapai dan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment