Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM telah menyediakan pelbagai anugerah berdasarkan kategori. Pada umumnya kategori sekolah, anugerah adalah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Lonjakan Saujana, dan Sekolah Harapan. Bagi kategori individu pula seperti, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan baru-baru ini dalam salah satu cabang NKRA ialah Baiah atau Tawaran Baru. Keputusan SPM 2010 yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu, banyak SMT dan SMV telah menunjukan peningkatan yang baik. Saya mengucapkan tahniah kepada semua SMT dan SMV yang meningkat prestasi SPM khususnya yang berada dalam Zon Melaka-Negeri Sembilan. Selaku Pengerusi Zon saya mengucapkan tahniah kepada SMT Jasin yang telah menunjukan lonjakan prestasi yang besar berdasarkan keputusan SPM 2010. Hingga blog ini ditulis, saya tidak mendengar mana-mana berita mengenai lonjakan besar dalam SPM selain dari SMT Jasin. Dalam laporan NKRA yang diperolehi dari Jabatan Pelajaran Melaka, telah menunjukan bahawa SMT Jasin berada di Band 2 dan kedudukan pada nombor 123. Peningkatan besar yang telah dicipta oleh SMT Jasin ialah berubah dari Band 4 ke Band 2 dan kedudukan dari 492 kepada 123. Salah satu kriteria Tawaran Baru ialah peningkatan kedudukan yang melebehi 100, SMT Jasin telah mencipta perubahan sebanyak 369. Saya difahamkan, SMT Jasin telah dicalunkan mendapat Baiah. Tahniah Pengetua dan Warga Kerja SMT Jasin atas kejayaan yang amat besar, usaha tuan-puan telah pun membuahkan hasil, tuan-puan telah memecahkan ruyung, kini hanya tunggu untuk mengambil sagunya. Sudah wajarlah Pengetua dan Warga Kerja yang berada dalam era memecah ruyung itu, bakal mengambil sagunya dan terus menikmati hasil sagu tersebut. Jangan tersilap nanti, lain orang yang memecahkan ruyung, lain orang pula yang mengambil dan menikmati sagunya. Jika berlaku kesilapan, kita mudah mengatakan maaf kerana kesilapan, tetapi tuan punya diri rasa berkecil hati. Memang rezeki itu dari Allah, tetapi manusia jadi penyebabnya. Kita setuju kata-kata pujangga, "jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" dan jangan pula " lembu punya susu, sapi pula dapat nama". sekian untuk renungan.
Huh .. sodap betul posting ni. Sah podih bila membaco. Dah nak dekat bulan puaso kot. Baik tibai dulu. Kalau dalam bulan puaso nanti takut tambah banyak dosa kot.
ReplyDelete