Sunday 31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 H

Kita sudah pun berada di ambang Ramadhan, hanya menunggu pengumuman khas oleh Mohor Raja-raja pada malam ini. Bulan yang penuh berkat dan rahmat, bulan yang penuh dengan pahala yang disediakan kepada umat nabi Muhammad saw. Bulan yang terdapat di dalamnya ribuan rahmat, jika di penuhi dengan ibadat bermakna ganjaran pahala seumpama hidup 1000 bulan (83.3 tahun). Marilah, kita membersihkan hati sesuci-sucinya agar mudah melaksanakan kewajipan samada kepada Allah maupun kepada manusia di sekeliling kita. Buangkan segala perasaan iri hati lebih-lebih lagi sifat menzalimi diri sendiri atau kepada orang lain. Perkukuhkan ukhwah islamiah moga perpaduan sesama Islam semakin erat, sayang menyayangi seperti Rasulullah kepada umatnya. Di dalam kita meneroka kecemerlangan, kita tak mampu lakukan sendiri, kita perlukan rakan, kita perlukan pasukan. Kiat boleh ceritakan kekuatan kita tanpa menyatakan kelemahan orang lain. Baru-baru ini, pabila pihak JPN dan Jemaah Nazir Melaka datang berkunjung ke SMTM, diantara komen, pengetua perlu menonjolkan kekuatan-kekuatan dan hasil usaha sebagai pengurus sekolah supaya dapat didengari oleh pihak yang memantau. Jika direnung mungkin agak songsang, dimana dari aspek agama tidak boleh riak. Teringat juga satu kisah zaman silam, ketika sekumpulan sahabat yang teperangkap di dalam sebuah gua berdoa untuk dibebaskan. Setiap sahabat menceritakan kebaikan masing-masing sehingga Allah membuka pintu gua sedikit demi sedikit dan akhirnya terbuka luas. Maka itu, tiada salahnya kita menguar-uarkan kecemerlangan kita bagi tujuan meningkatkan martabat. Wahai rakan-rakan, berjuanglah untuk kecemerlangan kerana ia juga ibadat lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Ambil yang jernih, buang yang keruh, pendayung di tangan perahu dah di air, apa yang ditunggu, dayunglah hingga sampai ke destinasi. Wallahu alam.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK,
MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN.

DRPD: HJ ARSHAD, PENGETUA SMTM, PENGERUSI MPSMTV ZON MELAKA-NS

Tuesday 26 July 2011

Kuatkan Semangat!!

Ini ada satu poem oleh Rajaram Ramachandran yang saya hendak kongsi bersama rakan Pengetua.

“A reward is not a reward,
When the same is expected.
When it comes unexpected
Then, take it as a reward.”
A King was seriously ill.
Doctors treated him well
But he didn’t recover still
As if it was an evil spell.
Messengers went round,
And they luckily found,
A Doctor from a village
Who came at the last stage.
He gave the King a potion,
That did wonderful action.
In two days, he improved
And slowly he recovered.
The doctor told the King
“Now that you’re improving
Let me go back home
As I’m here for a long time.”
The King said, “Wait here
Until I feel myself better.”
He didn’t allow the doctor
On some plea or the other.
At last, he came back
And to his good luck,
A mansion stood in the place
Of his dilapidated house.
His wife and children,
In silken dress, were seen.
They wore the best of jewels.
And received him with cheers.
People around gathered.
Praises, they showered
On the doctor for his skill
That cured the King well.
The doctor was spellbound.
To say, no words he found.
He brought home nothing.
But the King did everything.

Satu lagi quotation oleh Lao Tzu untuk renuingan kita bersama:

Go to the people. Learn from them. Live with them. Start with what they know. Build with what they have. The best of leaders when the job is done, when the task is accomplished, the people will say we have done it ourselves.

Lao Tzu

Selamat Berkursus 5S di Batu Pahat!!

Sunday 24 July 2011

PEMECAH RUYUNG PENGAMBIL SAGU

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM telah menyediakan pelbagai anugerah berdasarkan kategori. Pada umumnya kategori sekolah, anugerah adalah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Lonjakan Saujana, dan Sekolah Harapan. Bagi kategori individu pula seperti, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan baru-baru ini dalam salah satu cabang NKRA ialah Baiah atau Tawaran Baru. Keputusan SPM 2010 yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu, banyak SMT dan SMV telah menunjukan peningkatan yang baik. Saya mengucapkan tahniah kepada semua SMT dan SMV yang meningkat prestasi SPM khususnya yang berada dalam Zon Melaka-Negeri Sembilan. Selaku Pengerusi Zon saya mengucapkan tahniah kepada SMT Jasin yang telah menunjukan lonjakan prestasi yang besar berdasarkan keputusan SPM 2010. Hingga blog ini ditulis, saya tidak mendengar mana-mana berita mengenai lonjakan besar dalam SPM selain dari SMT Jasin. Dalam laporan NKRA yang diperolehi dari Jabatan Pelajaran Melaka, telah menunjukan bahawa SMT Jasin berada di Band 2 dan kedudukan pada nombor 123. Peningkatan besar yang telah dicipta oleh SMT Jasin ialah berubah dari Band 4 ke Band 2 dan kedudukan dari 492 kepada 123. Salah satu kriteria Tawaran Baru ialah peningkatan kedudukan yang melebehi 100, SMT Jasin telah mencipta perubahan sebanyak 369. Saya difahamkan, SMT Jasin telah dicalunkan mendapat Baiah. Tahniah Pengetua dan Warga Kerja SMT Jasin atas kejayaan yang amat besar, usaha tuan-puan telah pun membuahkan hasil, tuan-puan telah memecahkan ruyung, kini hanya tunggu untuk mengambil sagunya. Sudah wajarlah Pengetua dan Warga Kerja yang berada dalam era memecah ruyung itu, bakal mengambil sagunya dan terus menikmati hasil sagu tersebut. Jangan tersilap nanti, lain orang yang memecahkan ruyung, lain orang pula yang mengambil dan menikmati sagunya. Jika berlaku kesilapan, kita mudah mengatakan maaf kerana kesilapan, tetapi tuan punya diri rasa berkecil hati. Memang rezeki itu dari Allah, tetapi manusia jadi penyebabnya. Kita setuju kata-kata pujangga, "jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" dan jangan pula " lembu punya susu, sapi pula dapat nama". sekian untuk renungan.

Saturday 23 July 2011

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SMT DLM

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010 telah diadakan dalam satu upacara gilang-gemilang pada 22 Julai 2011 di Auditorium Parcel D, Kompleks Kerajaan Parcel D, Putrajaya.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Haji Khair  Mohamad Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia..Seramai hampir 600 orang penerima APC telah diraikan termasuk 10 orang Pengetua. Pengetua Zon NS-Melaka yang menerima anugerah ialah:
En.Hasni Dolmat dari SMV Ampangan yang telah bertukar ke Jasin, dan
Pn.Hjh. Noraziah  Ramli (a.k.a Kak Long).
Berikut adalah penerima APC dari SM Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau:

1. Md Nasir b. Md Dewa
2. Che Ku Noraini  che Ku Hitam
3. Haslinda  Abd. Hadi
4. Nur Aidah   Ibrahim
5. Sni Hafizua  Sahari
6. Inthiran A/L Periasamy
7. Mahalingam A/L Periasamy

Tahniah kepada semua. Semoga ini menjadi penyuntik semangat untuk lebih cemerlang lagi dalam kerjaya masing-masing.

Wednesday 20 July 2011

Blog Pengetua SMT Jasin Dilancarkan

Beberapa hari sebelum Encik Hasni Dolmat melangkah masuk ke SMT Jasin, beliau telah melancarkan Blog Pengetua SMT Jasin sebagai menggantikan Blog Pengetua SMV Ampangan yang diambilalih oleh Encik Rusli Sharkom. Pelancaran blog ini mula berada di alam cyber mulai pagi tadi.  Kepada semua pihak khususnya warga SMT Jasin, blog ini boleh dicapai melalui alamat berikut  http://jasinbest.blogspot.com/


ZON MELAKA-NS PRO AKTIF

Majlis Pengetua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional (MPSMTV) Zon Melaka-NS telah melaksanakan hampirr 95 % takwim 2011. Program-program yang telah dilaksanakan ialah;

1. BERLIAN - untuk pelajar aliran teknikal - JK Pengelola SMTTJ
2. DELIMA - untuk pelajar vokasional - JK Pengelola SMT DLM
3. ZAMRUD - untuk pelajar SKM - JK Pengelola SMT Ampangan
4. Kursus Pengawas Sekolah - JK Pengelola SMV DSMZ
5. Kursus Pengawas Asrama - JK Pengelola SMV MT
6. Kursus/Program School Enterprise - JK Pengelola SMT DLM
7. Kursus/Program Warden Asrama - JK Pengelola SMV MT
8. Kursus Audit Dalam 5S - JK Pengelola SMV Juaseh
9. Kursus Pengelolaan KAT - JK Pengelola SMT Melaka

Mesyuarat MPSMTV Zon Melaka-NS yang telah diadakan baru-baru ini telah memutuskan untuk mengadakan 2 lagi program ia itu Outreach Pengambilan Pelajar 2012- JK Pengelola ialah SMV P.Dickson dan Majlis Graduasi SKM - JK Pengelola ialah SMV KKlawang.
BPTV telah mengamanahkan kepada Zon bagi mengelolakan Perkhemahan KRS Peringkat Kebangsaan, dijangka akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti. Urusetia bagi program ini ialah SMV Juaseh. Tempat yang menjadi pilihan ialah Pusat Kokurikulum (PUSAKO) di Batu Kikir.
Semoga usaha Pengetua-pengetua dalam Zon akan menghasilkan impak yang amat positif demi untuk pelajar-pelajar SMT dan SMV.

Sunday 17 July 2011

SMTM JUARA INNOSPACE SOLAR COMPETITION MELAKA



Melaka : SMT Melaka telah menjuari pertandingan Innospace Solar Competition 2011 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknoloji dan Inovasi (MOSTI) bersama MyRobotz Enterprise pada 15 Jukai yang lalu bertempat di SIRIM, Batu Berendam . Seramai 32 buah sekolah telah mengambil bahagian, di peringkat akhir SMTM bertemu SMT Jasin dan SMTM muncul sebagai juara. Diperingkat akhir YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Rostam ( Ketua Menteri Melaka) telah menyempurnakan "Flag Off". Turut hadir ialah Datuk Seri Maximus Ongkli ( Menteri MOSTI ). Pertandingan ini adalah sempena Pelancaran Jejak Inovasi Peringkat Kebangsaan Kali Pertama ( Melaka sebagai Tuan Rumah). Juara telah menerima sebuah trofi, sijil dan wang tunai RM 500. Tahniah kepada pelajar SMTM yang berjaya dibawah bimbingan Cikgu Rosmainy.

Gambar: Ketua Menteri Melaka sedang beramah mesra dengan pelajar SMTM.

Saturday 16 July 2011

SMT KEKAL UNIK

Transformasi Pendidikan Negara telah pun bermula dengan memperluaskan pendidikan vokasional sepertimana satu cabang dari NKRA. Strategi yang telah dijalankan adalah dengan menukarkan semula sebanyak 78 buah SMT kepada SMV dan hanya kekal 10 SMT. Untuk menambahluaskan pendidikan vokasional beberapa SMK akan ditukarkan kepada SMV. Selain dari itu, ada perancangan untuk menyerapkan pendidikan vokasional ini ke SMK dan mungkin bermula dari Tingkatan 1.
Apa saja perancangan yang dibuat untuk memperluaskan pendidikan vokasional, keunikan SMT mesti dikekalkan. Keunikan SMT dari tahun 1972/73 yang telah bertapak di sembilan buah SMT dan juga sinonim dengan panggilan Technical Institute (TI) ialah mata pelajaran pengajian kejuruteraan yang tidak terdapat di mana-mana sekolah di negara ini termasuk SBP. Bagi mata pelajaran ini, pelajar tidak hanya diperkasakan dengan ilmu teori semata-mata malah dimantapkan lagi dengan aktiviti-aktiviti amali dan hands on. Ternyata dan telah terbukti pelajar lulusan SMT (TI) satu ketika dulu, telah menunjuk prestasi yang amat baik dalam kursus-kursus kejuruteraan terutama aktiviti dalam makmal/bengkel di universii-universiti tempatan seperti UTM dan juga diperakui oleh universiti luar negara.
Dalam perancangan, 78 SMV tersebut akan menghadapi transformasi yang lebih hebat iaitu dinaiktarafkan kepada kolej. Pada tahun 2013, sebanyak 78 buah Kolej Vokasional akan tampil dan ia merupakan satu anjakan berskala besar dalam pendidikan negara di bawah KPM. Ia wajar dilaksanakan bagi menarik lebih ramai rakyat memilih bidang vokasional bagi menaikkan nisbah pendidikan vokasional berbanding dengan akademik. Pendidikan vokasional kebanyakan di negara maju secara puratanya tidak kurang dari 50 % (Austria 78%), manakala di Malaysia ialah 7 %. Hasrat KPM menjelang 2020, pendidikan vokasional di negara ini akan meningkat kepada 40%.
Sekiranya Kolej Vokasional akan melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir, SMT tetap dengan halatuju untuk melahirkan bakal profesional dalam bidang kejuruteraan. Negara masih memerlukan tenaga profesional bagi pembangunan negara menjelang 2020 dan seterusnya. SMT perlu kekal dengan identitinya dan keunikannya. SMT masih relevan untuk negara, maka ianya perlu dikekalkan malah dinaik tarafkan. "Untuk jadi jurutera masuklah SMT (TI)" kata-kata seorang bekas pelajar, kini seorang Jururunding Kejuruteraan yang berjaya dinegara ini.

PERGERAKAN PENGETUA

Pergerakan atau pertukaran Pengetua-pengetua dari satu sekolah ke sekolah yang lain hendaklah dilihat dari sudut yang positif. Kesan dari pertukaran boleh memberikan implikasi samaada gembira atau bersedih, tetapi sebagai pegawai yang berpangkat tinggi ( Division 1) di dalam sektor awam hendaklah dilihat sebagai memenuhi kepentingan perkhidmatan. Zon Melaka-NS mengalami pergerakan pengetua-pengetua;
Dari SMT Jasin ke SMV Temerloh; SMV PD ke SMV Ampangan; SMV Ampangan ke SMV Jasin dan dari SMV Temerloh ke SMV PD. Selaku Pengerusi Zon Melaka-NS saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Fauzi yang akan ke SMV Temerloh di atas jasa dan sumbangan beliau kepada zon dan memohon maaf diatas segala kesalahan dan kelemahan kami yang tinggal. Kepada En Bakar yang akan ke SMV PDickson, saya mengucapkan selamat datang ke Majlis Pengetua SMT/SMV Zon Melaka-NS, semoga kehadiran tuan menambahkan kekuatan kita. Semua pergerakan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos ini. Selain dari Zon Melaka-NS yang terlibat dalam pergerakan pengetua ialah; dari SMT Seberang Perai ke SMV Kangar dan dari SMV Nibong Tebal ke SMT Seberang Perai. Saya ucapkan tahniah atas perlantikan En Mustafa dari Sektor Pengurusan Guru, BPTV atas perlantikan sebagai Pengetua SMV Nibong Tebal. Bersabarlah sekiranya pertukaran ini memberikan sedikit kesukaran dan anggaplah ianya satu cabaran untuk ke arah lebih cemerlang.

Friday 15 July 2011

MALTIVO PERLU PERKASA

Saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan MALTIVO (Malaysian Alumni of Technical Institute and Vocational) yang dinaungi oleh Pengarah BPTV. MALTIVO merupakan satu petunjuk kepada kejayaan sekolah-sekolah SMT dan SMV yang kini terdapat sebanyak 88 buah. Kejayaan yang telah diperolehi oleh bekas-bekas pelajar SMT dan SMV merupakan satu dorongan kepada generasi kini dan akan datang untuk menjadikan SMV dan SMT sebagai pilihan pertama. Kebanyakan anggota MALTIVO adalah dikalangan profesional yang berjaya seperti jurutera, perunding (consultant), ahli akademik, ahli koperat atau ahli perniagaan yang berjaya.capai
Lebih membanggakan, sekiranya MALTIVO dapat mengwujudkan 'grass root' yang mempunyai objektif yang seiring bagi memperhebat dan memperkasakan MALTIVO. MALTIVO national hendaklah mengembangkan sayap ke peringkat negeri atau zon dan seterusnya ke peringkat sekolah. Bagi merialisasikan objektif BPTV dan SMT/SMV tercapai, halatuju MALTIVO national wajarlah selari dengan aspirasi Pengarah BPTV dan MALTIVO di peringkat SMT/SMV (Alumni) hendaklah selari juga dengan aspirasi Pengetua SMT/SMV semasa. Saya suka mencadangkan agar satu struktur organisasi di peringkat zon atau negeri perlu ditubuhkan agar rangkaian antara MALTIVO dan Alumni dapat dihubung. Permuafakatan antara Alumni dalam zon dapat diwujudkan dan lebih mudah untuk melaksanakan penyelarasan. SMT dan SMV akan lebih bertuah dan beruntung sekiranya Alumni mereka memberikan bantuan dan kerjasama untuk meningkatkan imej sekolah masing-masing. Alumni disarankan membantu sekolah dengan cara memperlengkapkan prasarana sekolah dan/atau menyumbangkan kepakaran di dalam program-program di sekolah. Semoga objektif penubuhan MALTIVO boleh tercapai dan menjadi kenyataan.

Wednesday 13 July 2011

Penyelaras dan Pengurus Teknik Peringkat Zon

Berikut ialah senarai nama penyelaras dan pengurus teknik yang telah dilantik untuk melaksanakan program yang berkaitan di peringkat SMT dan SMV zon Melaka / Negeri Sembilan.


PENYELARAS / PENGURUS TEKNIK
NAMA PEGAWAI / SEKOLAH
Penyelaras Permainan
En. Mohd Amin Suriani (PK Koku SMVAS)
Pengurus Teknik :

a)    Bola Sepak
En Zulkifli Abd Hamid (SMV MT)
b)    Bola Jaring
Pn Faizah Idris (SMTTJ)
c)    Softball
En Azizul Izan Mohd Zaman (SMVDLM)
d)    Takraw
YM Raja Nurazanisya Raja Ahmad (SMVPD)
e)    Ragbi
En Yusmas (SMVAS)


Penyelaras Badan Beruniform
Pn Rusnawati Juda (PK Koku SMV Juasseh)
Pengurus Teknik  KRS
En. Fazrul bin Kamat (SMV Juasseh)


Penyelaras Reka Cipta
Cik Rosilah Ali (SMV KK)
Pengurus Teknik
En Zainal Ariffin bin Ishak


Penyelaras Robotik
Pn Lim Yee Pin (SMV Juasseh)
Pengurus Teknik
En Norazuan bin Parmin (SMV Juasseh)


Penyelaras Bahas
Pn Nur Ain (SMTM)
Pengurus Teknik
Pn Fadzilah Dahaman (SMTM)


Penyelaras Karnival Sains
Pn Siti Norbayah Barhan (SMTTJ)
Pengurus Teknik (Solar Car / Boat)
En Alias (SMTTJ)


Pengurus Program  Berlian
SMTTJ
Pengurus Program  Delima
SMVDLM
Pengurus Program  Zamrud
SMVAS



Thursday 7 July 2011

Pengurus Dan Pemimpin

Berikut ialah berapa perkara yang saya ingin kongsi bersama ketika saya mengikuti kursus "THE POWER OF DINAMIC LEADERSHIP IN MAXIMISING ORGANISATIONAL PERFORMANCE" di Hotel Pullman Putrajaya baru-baru ini.  Antara yang diperkatakan oleh Prof. Dr Dato' Sheikh Omar Abdul Rahman ialah seperti berikut :

ALL RIGHT - Do the right thing, the right way, at the right time, the right place with the right people for the right reason

NATO – "No Action Talk Only" perlu ditukar kepada  "Now Action Talk Over"

“If you don’t know where you are going, any road will take you there”

Sebagai pemimpin, kita mestilah berfikiran positif dan tenang – maksudnya tidak cepat jadi gundah gulana. Seperti kisah seekor burung kecil yang melepaskan najis tepat pada muka seorang pemuda yang sedang memerhati keindahan langit. Pemuda yang bijaksana itu hanya berkata … “bertuahlah saya kerana lembu tidak boleh terbang”.

Sebagai pemimpin, we must always search for meaning (Ma Ma'ana) … Oleh itu  ... "Open your eyes, open your ears, open your arms and open your heart".



PENGURUS
PEMIMPIN
MEMPUNYAI BARISAN KAKITANGAN
MEMPUNYAI BARISAN PENGIKUT
BERTINDAK BALAS TERHADAP PERUBAHAN
MENCIPTA PERUBAHAN
MELAKSANAKAN IDEA
PENCETUS IDEA
BERTERASKAN KUASA ARAHAN
BERTERASKAN KUASA PUJUKAN
MENGAWAL KUMPULAN-KUMPULAN
MEMBENTUK KERJASAMA ANTARA KUMPULAN
MENJADI HERO 
MENCIPTA RAMAI HERO YANG MEMBANTUNYA

Tuesday 5 July 2011

PIBG Perlu Mengenal Batas Serta Tugasnya

Sering kali kita mendengar tentang  pihak PIBG yang melampaui batas sebenar peranan mereka membantu pihak sekolah.  Kadangkala Yang Dipertua PIBG atau AJKnya yang "over zealous" serta tidak merujuk kepada pekeliling serta peraturan yang ada hingga mendatangkan konflik dengan pihak pengurusan sekolah. Ada baiknya jika pihak sekolah memberi ingatan berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2001 berkaitan batas kuasa PIBG di sekolah.


Friday 1 July 2011

SMV dan SMT Zon Melaka / NS Perlu Sokong MALTIVO Nasional

MALTIVO adalah singkatan kepada Majlis Perundingan Alumni SMTV Kebangsaan. Di tubuhkan pada Ahad, 23hb Mei 2010 di bawah naungan dan sokongan Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia, susulan dari Seminar Kebangsaan Alumni SMT/SMV anjuran BPTV di Hotel Goldcourse, Klang. Objektif & Peranan MALTIVO ialah sebagai sebuah badan induk persatuan-persatuan Alumni SMT/SMV seluruh negara yang berjumlah 88 buah kesemuanya.  Selain itu ianya juga bertujuan mengeratkan Silaturahim & Menyatukan kesemua persatuan Alumni SMT/SMV seluruh negara agar menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengaruh dalam membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (BPTV), pengurusan sekolah dan pelajar dalam menentukan hala tuju, polisi dan perlaksanaan pendidikan Teknik dan Vokasional negara.  Laman Web MALTIVO boleh diakses di http://maltivo.com/

Kunjungan hormat AJK MALTIVO ke BPTV tahun lalu